Siti Musliha

Siti Musliha merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Nama penuhnya Siti Musliha Mohd Mustafa. Dilahirkan pada 10 Januari 1983.Beliau mendapat populariti dengan lagu Hujan Airmata pada tahun 1995. Siti Musliha merupakan anak sulung Mohd. Mustafa Manap dan Rohani Atan, yang dilahirkan kurang sempurna pada 10 Januari 1983. Dia mencipta nama apabila dia muncul di televisyen pada 1994. Simpati terhadapnya datang daripada semua pihak tanpa mengira latar belakang kedudukan, kaum dan agama.Pun begitu, selepas kemunculannya yang menyentap perasaan orang ramai sekitar 1994 hingga 1996, Siti Musliha tiba-tiba ‘hilang’ tanpa sebarang khabar berita. Rakyat Malaysia terutama para peminatnya tertanya-tanya mengenai perkembangannya. Siti Musliha pernah menunaikan umrah.[1] Ada khabar angin dia telah menganggotai kumpulan grindcore dari Wales bersama dengan beberapa orang yang lain.